Selasa, 11 Maret 2014

Polis tahan pembunuh pegawai Ambank pagi ini

November 10, 2013   
Polis menahan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank Norazita Abu Bakar dan melarikan wang sebanyak RM450,000 di cawangan Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya di Johor pagi ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) mengesahkan perkara ini akan tetapi enggan untuk mengulas lanjut  dan mengatakan kenyataan akhbar akan dikeluarkan hari ini.
“Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat Msia yg terus membantu@PDRMsia,” kata Khalid melalui akaun Twitter @KBAB51 hari ini.


 Suspek dikenalpasti sebagai lelaki warga Sabah berumur 37 tahun dan dituduh menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Dalam kejadian menyayat hati pada 23 Oktober itu, Norazita, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan pada 6.20 petang, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan pump gun oleh suspek.
Pada hari sama, polis menahan tiga ahli keluarga suspek di Subang Jaya dan berjaya mendapatkan kembali RM20,000 daripada keseluruhan wang yang dilarikan.

Dua yang ditahan juga bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menggunakan kad pengenalan palsu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) kemudiannya mengumumkan lesen operasi syarikat keselamatan tersebut ditarik balik kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
Timbalan Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim mengatakan kesalahan utama syarikat keselamatan itu adalah kegagalan menyemak latar belakang suspek terlebih dahulu sebelum memberikan pekerjaan dan senjata. – 10 November, 2013. The Malaysian Insider

0 komentar:

Posting Komentar